Monday, April 29, 2013

Bicara Aku

Aku seorang remaja--
Remaja yang kurang pengetahuannya.
Remaja yang masih diawal puluhan umurnya.
Remaja yang sentiasa perlu diawasi sentiasa.
Dan yang terutama,
Remaja yang dicabul hak bersuaranya.

Aku juga manusia.

Manusia yang punya bicara.
Yang mengharap supaya kalian dengari bicaranya.
Tapi bagaimana?
Bagaimana mahu diudarakan suaranya?

Bila dia mula berbicara,

Seringkali ada suara sumbang berkata,
'Awak tu budak lagi, tak pyh nak masuk campur hal orang tua'
'Amboi, lantangnya bersuara, ingat, kami ni makan garam dulu dari kamu'
'Jangan biadap, kamu tak tau apa apa pun'
atau
'Alah, budak budak bercakap, bukan nya betul pun'

Dan akhirnya, aku hanya mampu mengeluh dihujung kata.


Inilah dia, 

Minda melayu kita.
Bila remaja mula bersuara,
Dikatanya biadap.

Bila remaja mula bersuara,

Dikatanya tiada hasil.

Bila remaja bersuara,

Dikatanya kami kurang ilmu.

Maaflah Tuan Puan.

Mahu dipersoalkan disini,
Jika kami dianggap biadap,
Kenapa masih ditanya pendapat kami?

Jika bicara kami tiada hasil,

Mengapa masih ditanya pada kami?

Jika kami kurang ilmu,

Mengapa tidak diajari?

Aku hanya ingin menyampai sesuatu,

Sesuatu dari sudut yang lain pula,
Ya, mungkin--
Mungkin dewasa tidak dapat melihat apa yang remaja seperti aku lihat.

Aku, kami, remaja.

Sudah cukup matang untuk melaungkan bicara.
Jangan disekat bicara kami,
Jangan disekat suara kami,
Suara yang sudah lama haknya dicabul ini.

-NSAMS, 2013-




No comments:

Post a Comment