Monday, April 29, 2013

Bicara K-Squared.


Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu. 
Jika bukan kesukaannya-- 
dibutakan mata dari melihat apa yang benar di depan mata,
bukan?

Walau semua manusia dikurniakan akal, 
tidak semua menggunakan akal itu untuk betul betul berfikir.

Tiada Tuhan, Tiada kau, Tiada aku.
Itu konsep mudah.
Tanya saja pada anak sekolah.

Kita tahu yang Allah Maha Tahu,
Tapi kita yang buat buat tak tahu.

Hati--
Allah yang pegang, bukannya orang.
Hidayah dan petunjuk hanya Allah yang mampu beri.
Benda dan perkara yang sama,
memberi kesan yang berbeza pada setiap penerima.

Sekali air bah, pantai pun berubah.
Hanya dengan air, batu juga boleh pecah.
inikan pula hati yg dibawah kuasa Allah.

Ingat--
Orang hati kering dan hati batu juga ada harapan,
Untuk mencari rahmat Tuhan.

-Contengan Jalanan, K-squared-

No comments:

Post a Comment